Sekretariat Rakan Muda Follower

Tuesday, February 06, 2007

InFo SenSasI

  • Rakan Muda Seni Budaya

Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya. Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Persatuan Muzik dan Gendang, Kelab Seni Kraftangan, Kelab Kompang, Kelab Koir dan Kelab Nasyid, Persatuan Pendidikan Seni, Pasukan Pancaragam Brass, Pasukan Pancaragam dan lain-lain.

  • Rakan Muda Inovasi

Kreatif, inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju. Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Kelab Aeromodelling, Kelab Astronomi, Kelab Seni Foto, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Elektronik, Persatuan Motor Mekanik.

No comments:

Post a Comment