Sekretariat Rakan Muda Follower

Thursday, March 04, 2010

Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2010

salam Rakan Muda semua..

WAWASAN DESA IPT IS BACK..........!

so... kali ini Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT yang akan dianjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama UiTM Kedah telah memberi 2 buah kampung dari 2 Daerah yang berbeza iaitu di Daerah Sik dan Daerah Baling kepada Kelab Rakan Muda UiTM Kedah... seperti biasa setiap kampung memerlukan 40 orang pelajar...

pada tahun lepas, Jabatan Belia dan Sukan Negeri hanya memberi Kampung Selengkoh, Yan... namun penyertaan kurang mendapat sambutan daripada ahli kelab kerana lewat di maklumkan... so memang tak bleh nak wat per... terima kami yang seadanyalah..

Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT ini akan diadakan pada cuti semester (selepas final exam) iaitu dari 11 hingga 14 Mei 2010... dan kak izan telah pun menaikkan notis program tersebut... so

kepada ahli Kelab Rakan Muda yang berminat untuk menyertai program ini, boleh lah memberikan nama anda di Kaunter Unit Sukan dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang... so kepada yang bukan ahli Kelab Rakan Muda, anda juga boleh lah menyertai dengan bayaran RM5 untuk ahli di semester depan.. ok..?

so apa tunggu lagi.... hanya 80 orang sahaja.... ;)