Sekretariat Rakan Muda Follower

Tuesday, June 22, 2010

RMWD - Baling & Sik

salam...

fuuuhhhh.... fuuuuuuuh... ahh shum....! huhuh... berdebu deyyy... so now nak citer aktiviti bulan mei yang lepas... hehehe... naper lepas satu bulan baru nak story... hahahaha... alasannya satu jer.. sibukkkk maaa.... so let story mory...

Program Rakan Muda Wawasan Desa tahun ini diadakan di 2 Daerah yang berlainan iaitu Baling dan Sik... Pihak Jabatan Belia dan Sukan Alor Setar telah menyerah 2 daerah ini kepada UiTM Kedah untuk mengadakan program tersebut... Miss Izan telah pun membuat iklan bagi membuka ruang kepada Seketeriat Rakan Muda dan ahli Kelab Rakan Muda UiTM Kedah. Seramai 40 orang telah mendaftar bagi Kg Iboi, Baling dan Kg Kuala Ruman, Sik. namun saat-saat terakhir ramai jugak ahli kelab yang tarik diri... so yang betul2 join RMWD di Kg Iboi, Baling adalah seramai 23 orang dan 33 orang di Kg Kuala Ruman. Miss Izan telah menghantar Kumpulan pertama di Kg Iboi, Baling pada 10 hingga 13 Mei. Perasmian telah dilakukan oleh wakil YB Daerah Baling... begitu juga di Sik pada 11 hingga 14 Mei 2010...

sambutan kedatangan anak angkat di Kg Iboi, Baling cukup meriah dengan muzik tradisional yang dimainkan oleh penduduk kampung itu.. Prof Madya Hj Kamal Bahrin Shamsuddin turut serta turun bagi memeriahkan majlis perasmian Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT... turut bersama Pn Askiah Suboh Pegawai Belia dan & Sukan Program Rakan Muda dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan En Shahrulnizam, Pen. Pegawai Belia & Sukan Daerah Baling.

antara Seketeriat dan Ahli KElab Rakan Muda yang menyertai Program Wawasan Desa IPT di Kg Iboi, Mukim Kupang, Baling

Antara aktiviti yang diadakan di Kg Iboi, Mukim Kupang Baling adalah kacau 'dodol;, sukaneka, beriadah bersama keluarga di Lata Celak (200m dari kampung), melawai perindustrian kampung, bekerjasama dalam aktiviti kampung, kebudayaan dan sebagainya. Pegawai Pengiring sepanjang kami berada disini adalah Cik Noor Israa Abu Bakar Pembantu Belia & Sukan. Cik Israa diamanah oleh Miss Izan untuk memantau dan join serta menjadi anak angkat di kg ini. semetara En Zabani terpaksa berulang alik. apapun aktiviti yang dirancang amat meriah dan berjalan lancar.

sementara di Kampung Kuala Ruman, majlis perasmian diadakan secara sederhana tetapi meriah. Miss Izan telah join menjadi anak angkat di kg ini... katanya suka makan durian.. hahahaha... klau nak tahu pagi, tengahari dan petang makanan nya durian... termasuklah waktu malam.. hehehehe.. bagus ar Miss Izan...

penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat yang dilakukan oleh En Mahadhir.. setiap keluarga menerima 2 orang anak angkat...

JKKg Kuala Ruman gembira kehadiran Seketerian Rakan Muda

sukaneka diadakan bagi menegratkan silaturahim anak angkat dan keluarga....

ehh.. ni watper plak... orang lain dok tgk projel penternakan ikan keli lahh... hmm.. ini adalah sesi pengenalan buah-buahan... hahaha... melalot kerana tak dapat makan durian lah tu... hahahaha


lawatan ke kawasan pertanian pisang...

Miss Izan dok cuba buat kuih sepit... hahaha... kelakar dia buat tapi.. kami dok curi-curi makan bila dia habis lipat... kuih ni sedap jika makan waktu panas....

lawatan dan memberi tunjuk ajar pengendalian IT... kg ni ada internet siap ngan WiFi lagi weh... moden kg ni...

Miss izan dok try masukkan kabu untuk dijadikan bantal... pandai plak dia...


hari terakhir, pakat-pakat masak bersama-sama dengan masyarakat kg kuala ruman.... wah macam kenduri... siap dengan ikan bakar, gulai daging batang pisang.. fuhhh.. best...

penyerahan cenderahati untuk keluarga angkat...

penyerahan cenderahati dari Jab Belia & Sukan kepada YB Sik Tajuddin Abdullah..

miss Izan bersama keluarga angkatnya...

antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong masjid iaitu mengecat semula pagar-pagar masjid, sukaneka, lawatan kawasan perindustrian dan perternakan, makan durian, dan sebagainya. yang pasti sepanjang 4 hari 3 malam di Kg Iboi dan Kg Kuala Ruman memang best... apa yang diharapkan biarlah ianya berkekalan perhubungan itu...