Sekretariat Rakan Muda Follower

Monday, February 05, 2007

InFo SenSasI

  • Rakan Muda WiraUsaha

Bercita-cita menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan? Ikuti program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang.Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Kelab Kewangan Pelajar Sekolah, Kelab Pelabur Bijak, Kelab Usahawan Muda, Persatuan Ekonomi / Sains Rumah Tangga, Persatuan Prinsip Akaun / Ekonomi dan Kelab Koperasi Sekolah.

  • Rakan Muda Kecergasan
3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan, Rekreasi dan meningkatkan Kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti, menarik, sihat dan berdisiplin.Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta semua Kelab Sukan Sekolah.

No comments:

Post a Comment