Sekretariat Rakan Muda Follower

Sunday, February 04, 2007

InFo SenSasI

  • Rakan Muda Masyarakat

Patriotisme, Cinta Negara dan Penyayang disamping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap.Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Kelab Kemanusiaan (Humanitrian), Kelab Lions, Kelab Interact, Kelab Leo, Persatuan Sains Kemasyarakatan, Kelab Pencegah Jenayah, Kelab Rukun Negara, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Pengguna, Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

  • Rakan Muda Cinta Alam

Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Kelab Alam Semulajadi, Kelab Kembara / Rekreasi / Memancing / Kayak dan Persatuan Sejarah.

No comments:

Post a Comment