Sekretariat Rakan Muda Follower

Sunday, April 24, 2011

JCU - Gunung Baling

salam...

agak tergendala aktiviti Rakan Muda sem ni... sebenarnya kami agak sibuk sem ni sebab... sem ni pendek... lagipun Miss izan kena tumpukan sukan dan permainan... so atas kesibukkan ini, kelab kerex dan rakan muda bergabung ke Gunung Baling... Miss izan buat gila nak panjat gng baling... pastu pulak kami pun hairan bercampur pelik... "ada ke gng kat Baling tu.." confius kejap.. so Mac lepas kami pegi... agak ramai kali ni iaitu dalam 35 orang.. hurm... so let go... lupa nk mention.. post ni miss izan yang kasi sebab... dia dah siapkan blog dia.. hehehehe.. so copy, paste dan edit... heheheh...



Banjaran Gunung Baling..

Gunung Baling ini terletak di Daerah Baling, Kedah... gunung paling tinggi dan satu-satunya gunung di Dearah Baling ini... kak izan dah naik gng ni dah 2 kali.. adeyyyy.. mental kami... nape dia mesti mendahuluinya...

Mengenai Gunung Baling ni. Ketinggian lebih kurang 420 meter. Ia merupakan sejenis gunung limestone outcrops atau bahasa mudahnya yang ada gua batu kapur yang dihuni kelawar. Lokasi :Mukim Pulai, Daerah Baling, Kedah. Koordinat puncak tertinggi gunung ini adalah 5°40.790’N 100°54.567’E. Klik Google Map
untuk melihat peta.


budak2 kerex's dan Sekteriat Rakan Muda... pendakian bermula....

9.15 pagi kami buat warm up dan bacaan doa dulu... itu perkara wajib bagi kami! yalah... nak masuk orang kan... Kami start mendaki di Kg. Bawah Gunung. Bersedia untuk bertolak. Wajah-wajah ahli-ahli baru agak berkeriuk skit.. yalah dah mula panas kan... pastu kak izan pulak bising sebab... kami lewatlahhh yang lain-lain lewat... salah sape..? kamu mula menunjukkan wajah sepuluh sen dan senyum kesian... hahaahah... barulah kak izan simpati... tapi sebanarnya dia bergurau kasar tu... kepada ahli2 baru yang tak biasa, kena biasakan diri dalam 'berdisiplin' cara kak izan..


9.30 pagi kami mula mendaki... perlahan-lahan... sebab malam tu hujan lebat.. biasalah.. sekarang ni hujan pada waktu petang dan kekadang tak mengira masa.. rahmat Allah SWT... hehehe... trek agak licin actually... so pacat jangan cakaplah... kak izan dok belakang jadik sweeper dgn edham dan zul... sudah kedengaran pekikan dan sungutan dari dila dan pujah bila pacat mengigit.. huhu... dan kami paling tak tahan bila kak izan dan edahm pakai crocs...!


dalam perjalanan mendaki, Tuan Zaini pegawai sukarelwan JPAM menerangkan serba skit tentang gunung baling ini... tentang pokok-pokok buah-buahan disini... yup.. beliau memang orang Baling JATI.. dilahirkan dan dibesarkan di sini... kami yang sememangnya bukan orang Baling dan ada yang  budak KL, Ipoh, Kedah dan Johor serta Kelantan agak pe'rak skit... hehehe.. so bertanya macam-macam.. bercoloteh.. itu ilmu yang tak mungkin dapat dalam buku... 

5 minit perjalanan, Dila dan Pujah tak larat nak mendaki... haih.. baru 5 minit diaorg dah bising... tapi takut kena tinggal diaorg naik gak... lagipun naik untuk leisure.. heheehe...

 rehat seketika di kaki gunung Baling....

9.45 pagi kami sampai di kawasan rehat berbatu setelah 10 minit mendaki mencacak dowh... edham dan kak izan tak berpeuh lagi... manusia ke apa dua-dua orang ni.. dehhh.. kami dah berpeluh mcm air dah.. so kami rehat jup... Pujah dan Dila tak nak naik lagi... bila kak izan bising-bising, barulah naik.... lagipun selepas ini trek agak mendatar dan melalui denai-denai... bagi diaorg makan coklat untuk tenaga...

ajik dan acap...

imah, kak izan, acap dan dila...

kak izan dan zul...

dila yang duduk sebab penat dan takut pacat.. hahahaa...

10.00 pagi kami meneruskan pendakian kini... hah.. tengok Pujah laju berjalan.. trek mendatar katakan.... cuma Dila jer agak ketinggalan... kak izan pulak dok tgh2 sebab pantau Dila dan Pujah... 4 orang lagi student pompuan di hadapan.. mereka mengikut di belakang Tn Zaini... so apa-apa hal ada lagi 5 orang student lelaki di situ yang boleh membantu... masih lagi berada di kawasan hutan dan melalui tepian batu-batu gunung baling ini... memang seronok...


pujah, acap dan helmi...

kak izan, pujah, acap dan helmi...

kami memang tak puas hati ngan kak izan... yer la.. mulut dok pot pet2... tak penat ker...

kak izan dan Pujah...

dalam 30 minit berjalan dan berehat kami sampai di tempat mendaki berbatu... kat sini kena berhati-hati skit... dan ada disediakan tali... kak izan mula berpesan supaya kami berhati-hati memanjat sebab... batunya agak tajam dan merbahaya...bagi yang tidak boleh memanjat, boleh melalui lubang yang boleh muat seorang... hehehehe....

malas nak panjat so... melalui lubang lahhh... hehehe...

helmi... dok fikir macamana nak panjat...

lepas panjat wahhh... masing-masing penat... aik... penat ker... menyesal ker...

haaa... kan dah senyum tu... senyum dalam kepenatan... hahaahah...

2 couple... 

trek berbatu lagi... heheheh..

panjat.. jgn tak panjat...

wahhh.. muka senyum... bleh lagi senyum kira ok lagi tu...

ni apa hal plak ni...

vwahh... tak sabar nak tgk view...

aksi yang ntah apa-apa edham ni...

trek berbatu lagi... 

dalam 50 meter trek berbatu ini kami mula menghampiri puncak Gunung Baling... wah... subhanallah... cantiknya... sedetik terlintas dihati dan kuar dari mulut kami...

view... dari sebahagian puncak gunung..

3 orang student baru dalam rekreasi...

kak izan tidak terkecuali dalam mememorikan...

nak parasailing ke...

lepak jup di tengah panas2...

tak dapat nafikan.. sepanjang perjalanan ke puncak kita dapat tengok view yang cantik... rugilah pada kengkawan yang lain tak ikut...

perkampungan di Daerah Baling..


aksi yang ntah apa-apa..

akhirnya... sampai di puncak gng...

12.45 tengahari akhirnya kami sampai di puncak Gunung Baling... hmm.. kat sini kami rehat jup.. berteduh.. hush.. panas sgt sebab... nak hujan ptg ni... lepas rehat dalam 5 min kak izan mula gerak ikut Tn. Zaini ke lokasi BALING yang akan di pasang di puncak gunung ini... panas tidak pedulikan...

edham, ajik dan zul... kelaparan... ahaks... mula merengek sebab kak izan belum bukak twister...!

edham dan ajik..

bila tengok kak izan bergerak, kami mula mengekori... why..? sebabnya adalah TWISTER.... hahahaah...

edham bergayut pulak kat besi tu..

aksi gayat... hehehehe...

bendera Malaysia...

twister dan frog di puncak Gng Baling..

huhuhuh... amik gambar dulu sebelum rasmi..

bandar Baling dari puncak.... kalau buat parachute ni best ni.....

dalam setengah jam di puncak kak izan mula mengedarkan plastik sampah hitam... pakat-pakat mengutip botol-botol dan plastik serta sampah yang berselerak di situ... Tn Zaini agak terperanjat dan terkelu bila tgk kami buat JCU.... hahahaha... terkelu seketika dia sambil pandang kak izan seperti minta penjelasan... so kak izan explain dengan rasa bangganya... heheheeh.. akhirnya tanpa dipaksa dia pun join buat JCU sambil memuji kami semua... hahahaha... riak plak seketika... huhuhuhu... ampun...!

perlahan-lahan kami turun dan memijak batu dengan berhati-hati.. sebab yalah... kiri dan kanan gaung.. huhuhu...

kak izan lalu lubang...

masuk dengan berhati-hati..

mengotorkan diri..

Padil.. budak Rakan Muda UiTM Kedah...

buat aktiviti WAJIB Jungcle Clean Up..

aksi kak izan yang terjatuh... licin dowh...

2.30 petang hujan mula turun... makin perlahanlah langkah kami... sebab trek mula licin... gara-gara seorang jatuh... huhuhu..  kami semua student jatuh... hahaha...

seronok bila dapat turun yer Pujah dan Dila.. hahahah... mesti serik lepas nih... ahaks...

cooling down...

3.00 petang kami sampai di bawah... edham seperti tahu2 jer... mulalah duduk dan cooling down.. sebab esok for sure kejang... dan akan bertambah sakit kalau tak buat langsung.. ahaks...

sebahagian sampah yang dibawa turun...

setelah membuang sampai, kami naik bus dan singgah di pekan Baling... makan, mandi dan solat... dalam 4 petang kami gerak pulang ke Kampus...

3 comments:

  1. Tahniah kepada semua....

    Selaku AJK Baling d' Puncak ( http://www.facebook.com/baling.d.puncak )kami mengalu-alukan semua ahli Kelab Rakan Muda UiTM Kedah. Untuk Pengetahun Projek Gotong Royong Penamaan " BALING " Masih diteruskan secara berperingkat & buat masa sekarang kerja2 lajutan sedang dijalankan dengan menggunakan kabel lam 10mm melalui kawasan belakang gunung bagi kerja2 menarik blok huruf ke puncak. Doakan kejayaan kami & andai sekiranya ada individu @ Kelab Rakan Muda UiTM Kedah yang sudi menyumbang tenaga dengan projek ini kami alu-alukan. hubungi En. Ravi : 019-5644834 @ Azman @ Pakteh 017-4410108 untuk makluman selanjutnya. TQ

    ReplyDelete
  2. en azrielhakimi : assalamualaikum... dan terima kasih menjengah blog rakan muda UiTM Kedah... en azriel, pihak en. boleh menghubungi penasihat Sekretariat Rakan Muda UiTM Kedah iaitu Cik Fahizan - o44562082 atau fax je surat jemputan ke 04-4562084 jika memerlukan sukarelawan.. :)

    ReplyDelete
  3. acap nordin gn bg rojan...senior agamayan

    ReplyDelete