Sekretariat Rakan Muda Follower

Tuesday, August 06, 2013

Iftar di TD!

Iftar di TD!


Assalammualaikum semua. First of all, mintak maap ye dari ujung anak rmbut smpai ujung kuku kaki jari kelingking. Hehehe. Kenapa? Sebabnya............ Krik Krik Krik....

1. Lambat up post kat sini 
2. Nak raya

Ok lah.. Ok lah... Xmau buang masa... Lagha bak kata oghang utagha.. Ce baca balik tajuk post ni...  " Iftar di TD!" Excited pulak dengaq... Tapi, dah lepas dah event ni... Bila? Ermmmm... 16 Julai 2013 hari tu. Brapa Ramadhan? 7 Ramadhan 1434 bersamaan hari Selasa berlokasi di semestinyalah Tanjung Dawai... Tapi, nama kedai xsure... Anjung apa xtau depa dok sebut2.. Yang ada pintu gerbang gitu nk masuk kedai dia. Second last dari hujung. Yang terlibat untuk Iftar ni pon, AJK Kerex's and Rakan Muda UiTM Kedah yawwwww...

The only boys.
Zuhair, Mursyid, Muhai, Faiz, Epy(not in da picta)


Ni, awek2 cun.. 
Sara and Syaiza.
Depa ni macam belangkas. 

Tadaaaaaa.......
Mastermind titewww... Cik Fazihan bt Azizan a.k.a Cik Kodok...
Ong gedek gedek.. 
Jangan marah naaa ;)

Ni lah abang hense kita..
Epy as Kelab Rakan Muda UiTM Kedah President.
Sebenarnya fokus nak ambil gmbar orang kat blkg tu...
Tetibaaaa Epy mai interprem. Kacauu...

Haaaa...
Ni lah awek2 yang join Iftar tu...
Dari kiri, si manis tu, Cik Haziqa.
Yang Gojes disitu, Cik Yana.
Yang cantik berpurdah, Cik Siti.
Yang manis senyumannya itulah Cik Kodok.
Yang xtau nak describe macam mana tu, Cik Nora.
Yang berbaju biru comel2 tu, Cik Israa.
Hat yang sebelah tu pulak....
Cik Sara.
Hat yang ambik gambaq ni pulak, Cik Syaiza.


Masa untuk berbuka...
Mai nak tunjuk skit apadia kami makan hari tu...
Jangan dok terlioq sudah. Hehehe

Kailan ikan masin.

Tomyam.

Ikan Siakap 3 Rasa.
Tapi, kalau Chef Nora yang masak, akan jadi 4 rasa.
Rasa apa lg 1?
Rasa sedap laaaa.. Hahahaha..
*Masuk lif tekan button sendiri*

Telur Dadar ngan Nasi Putih.


This one, Kerang Bakar.

Tercekik, tersedak makan kalau tak dak ayaq.
Sirap Limau yawwwww...

Itu diaaa...
Sempat lagi sebelum berbuka.
Hehehehe

Blurpppppppppppppppppppppppppppppppppppppp... Alhamdulillah...
Tadi masa sebelum berbuka, masing2 slim ja perut...
Lepas berbuka, jadi macam ulaq sawa kenyang.
Hehehehehe..

Tak percaya? Tengok bukti....

Ni area siti, yana, sara, and ziqa.

Yang ni area cik kodok, cik israa, nora and syaiza.

Nampak x disitu senyuman kekenyangan..
Hohoho.

Epy and kak ijan.


Alhamdulillah, selesai sudah Iftar di TD bersama AJK Kerex's dan Rakan Muda.
Tengok lah muka masing2.
Puas. Kenyang. Seronok.

Sekali lagi, mintak maaf andai terasa hati dengan saya selaku penulis :D
Mintak ampun,. mintak maap mana yang dok melawak semua.
Mintak halal makan, minum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maap Zahir dan Batin.

Yang Merapu,
Nora.

Tuesday, July 16, 2013

Kursus Fisioterapi dan Nutrisi Atlet Level 11 2013

Assalamualaikum..

Maaf la sebab dah lama biar blog nie bersarang tanpa sebarang update mengenai aktiviti kami pada kali ini. Pada tanggal 16 Mac 2013 - 17 Mac 2013 (Sabtu-Ahad) yang lepas, kami mewakili UiTM Kedah ke Kursus Fisioterapi dan Nutrisi Atlet Level 11 2013 yang bertempat di Tabung Haji Pulau Pinang. Kami yang terdiri daripada 6 orang iaitu Edham, Kak Mira, Sarah dan Syaiza sebagai wakil Kelab Kerex dan Rakan Muda manakala Aimi dan Ana sebagai wakil Kelab Medicrew.

Seperti kebiasaanya, kami akan berkumpul di depo bas pukul 7.00 pagi dan menunggu Kak Izan.. Setelah semuanya sampai kami mula bertolak pada pukul 7.30 pagi dan ambil Am di Fasa 4. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Pulau Pinang.. Disebabkan saya, Sarah dan Aimi orang Penang so kami yang tunjukkan arah jalan ke Tabung Haji. Sebelum kami sampai Tabung Haji kami berhenti sarapan pagi di gerai yang berdekatan dengan Tabung Haji senang sikit dekat.. Ada diantara kami yang makan kuih-muih dan ada yang makan nasi lemak.

Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Tabung Haji yang tak sampai 5 minit dari tempat kami berhenti makan tadi... Kami tiba pada pukul 9.00 pagi dan terlewat 30 minit so cepat-cepat kami mendaftarkan diri, ambil beg, baju dan check in hotel. Setelah siap kami bergerak pantas ke bilik ceramah.. Setelah masuk dan mengambil tempat JENG JENG JENG... yang tengah bercakap didepan adalah FIZO OMARR.. Sebelum itu Kak Izan ada beritahu nanti ada Fizo Omar tetapi kami tak percaya. Bila dah lihat dengan kepala, hidung, mata sendiri barulah kami percaya.. Terkejut tu semestinya la. Rupa-rupanya dia sebagai ikon untuk Sukan dan Belia. Kemudian dia panggil wakil untuk semua Universiti , Politeknik dan Kolej untuk buat trademark di depan..

Antara IPTA yang ada adalah, UiTM Shah Alam, UiTM Kelantan, UiTM Peris, UiTM Perak, UiTM Johor, UiTM Pulau Pinang, UiTM Melaka, Politeknik Seberang Perai dan banyak lagi.. Setiap wakil IPTA dikehendaki membuat trademark masing-masing sebagai lambang negeri atau universiti masing-masing. Ada yang menari, menyanyi dan macam-macam lagi.. Kini tibala giliran UiTM Kedah.. Kami setuju dengan idea gila Am yang trademark kami berbunyi seperti " BIAQ P DEPA! BIAQ P DEPA! BIAQ P DEPA RASA EHHHHH AHHHH HAMPA ADA??" hahahaha.. Fizo sampai tergamam then dia suruh kami buat sekali lagi.. hahaha.. kami kat atas dah malu tapi sempoi..




Selepas tu kami main game tapi saya tak ingat nama game nie kena sebut nama universiti kita 3 kali dan sebut nama universiti lain then universiti yang kita sebut tu pun buat macam tu juga dan sebut universiti lain.. Setekah tamatnya ceramah dari Fizo kami diberi rehat sebelum ceramah sesi yang kedua pula.. Kami mengambil kesempatan untuk tangkap gambar dengan Abang Fizo.. hehehe silalah jeles dengan kami.. hahaha lawak jaa...




Sesi ceramah 2 pada pukul 11.00 tengahhari oleh Puan Faizah Mat Jais iaitu Pegawai Fisioterapi ISN... Beliau memberi ceramah mengenai fisioterapi dan cara merawat atlet-atet yang tercedera ketika bersukan.... Banyak input yang kami perolehi dari beliau dan insyallah ia akan berguna kepada kami. Perkara baru yang kami dapat disini mungkin ada yang antara kami dah tau apa kegunaan Kinesiology tape tapi bagi saya dan ada peserta yang lain benda adalah sesuatu yang baru.. Kami juga tahu cara-cara nak merawat untuk beberapa kecederaan sukan..


Pada pukul 1.00 tengahhari kami diberi masa untuk rehat, makan tengahhari dan solat.. Pada tengahhari tu kami dihidangkan Nasi Ayam.. 

Pada pukul 2.30 petang kami dikehendaki berkumpul semula di dewan untuk aktiviti praktikal. Pada petang tersebut Puan Faizah menunjukkan kami demo merawat mangsa yang tercedera, cara-cara nak guna Kinesiology tape dan sebagainya. Pada pukul 4.00 petang sesi Puan Faizah telah tamat dan pada pukul 5.00 petang kami dikehendaki menghadiri Majlis Perasmian  di dewan yang sama. 

Setelah tamat majlis perasmian pada pukul 6.00 petang dan disebabkan rumah saya dan sarah tak sampai 5 minit pun untuk ke Tabung Haji kami mengambil keputusan untuk balik rumah dan Kak Izan, Am, Kak Mira, Aimi dan Ana tidur di hotel.

Pada keesokan harinya iaitu 17 Mac 2013 (Ahad) pada pukul 7.30 pagi kami sarapan dan pukul 8.00 pagi ceramah Pemakanan Sukan "Resepi Juara" oleh Cik Azimah bt Ahmad iaitu Pegawai Dietetics ISN... Beliau memberi ceramah bagaimana nak menjaga pemakanan untuk atlet dan juga dalam kehidupan seharian kita.. Banyak juga input yang kami dapat dari ceramah beliau. Kemudian pada pukul 10.00 pagi kami diberi minum pagi dan dikehendaki ke dewan semula pada pukul 10.30 pagi.. Beliau meneruskan ceramah sehingga pukul 1.00 tengahhari.. Kali ini beliau mengajar kami cara nak mengira kalori yang kita makan dalam seharian. Perkara ini bolehla dipraktikkan nanti dalam kehidupan seharian.




Pada pukul 1.00 tengahhari kami diberi rehat, makan, dan solat.. Pada pukul 2.00 petang kami ke dewan untuk sesi penutup dan bergambar.. Semua IPTA dikehendaki menghantar seorang wakil untuk merumuskan apa yang kami dapat sepanjang kursus ini berlangsung.. Ana sebagai wakil UiTM Kedah dan merumuskan segala input-input yang kami dapat.. 


.
Kami bersurai pada pukul 5.00 petang dan checkout hotel.. Sebelum sampai UiTM Kak Izan yang baik hati belanja kami makan KFC.. Terima Kasih Kak Izan.. Kami tiba di UiTM pada pukul 7.00 petang.. Kursus ini sangat berbaloi dan insyallah akan diperaktikkan suatu hari nanti.

disediakan oleh :
 Nursyaiza - KHOM00254

Ekspedisi Gunung Keriang, Kedah

Assalamualaikum, maaf la dah lama tak update blog.. hehehehe.. maklumlah sebagai student sibuk dengan assignment, test dan quiz.. Tapi sekarang diawal semester so masa tu terluang la sedikit. 

Aktiviti kali ini Kelab Rakan Muda berganding bahu dengan Kelab Kerex's untuk mendaki Gunung Keriang. Kalau korang nak tahu Gunung Keriang ni terletak di Alor Setar, Kedah. Program kali ini disertai oleh pelajar seramai 27 orang dan 4 pegawai pengiring salah seorang adalah  Cik Kodok kita iaitu Fahizan Azizan, Cik Noor Israa, Cik Nurazlina dan Dr Azhari.

Seperti biasa pelajar siswa dan siswi dikehendaki berada di depo bas pada pukul 7.00 pagi . Setelah semuanya sampai kami mula bertolak pada pukul 7.30 pagi. Disebabkan ramai yang belum sarapan lagi so bas berhenti di Shell Alor Setar untuk membeli roti, air atau keropok di mini market Shell. Semua pelajar hanya bersarapan di dalam bas. Kena makan bagi ada energy untuk mendaki. Kami sampai di kawasan rekreasi Gunung Keriang pada pukul 8.30 pagi dan tanpa membuang masa terus membuat rengangan.

sebelum pendakian..

Setelah selesai membuat rengangan kami diberi taklimat oleh guide selama hampir 30 minit. Semua  pelajar kelihatan bersemangat dan berseri-seri.. hehehe maklumla ada yang first time, ada yang nak lepas gian mendaki dan ada yang nak buang lemak-lemak di dalam badan sebab cuti semester asyik bela badan jea.. hehehe gurau je..

mula mendaki..

AJK Sekretariat Rakan Muda dan KeReX's


Peserta mula melalui perkampungan penduduk kawasan dan sampai di tangga batu seterusnya mula mendaki. Kami menggunakan laluan Gua Gunung Keriang. Di dalam gua tersebut terdapat banyak kristal. So apa lagi seorang satu dok mengangkut batu kristal hehehe dah guide memberi keizinan so angkut je la bukan senang nak pergi. 

muka ceria siswi...

muka ceria siswa..


Terdapat tiga buah gua yang kami lalu pada mulanya, mengikut perancangan asal pelajar akan melalui gua tersebut untuk menuju ke puncak Gunung Keriang. Namun begitu sehingga gua ketiga yang memaksa kami memanjat batu-batu turun dan keluar semula dan berkumpul dipersimpangan jalan. Menurut guide, kami tidak boleh melalui gua kerana keadaan gua yang licin dan agak berbahaya kerana kawasan agak basah...



kak izan sedang memanjat..hehehe


Kami agak kecewa la sebab yang best mengenai Gunung Keriang nie gua la, cantik lagi tu. Tapi tak ada rezeki kami untuk melalui gua tersebut sebab keselamatan sangat penting. Kami meneruskan pendakian dan kali ini trek agak mencanak dan memanjat tangga-tangga batu. Pendakian kami terpaksa diperlahankan kerana 5 orang pelajar agak penat dan asyik minta take 5. Maklum la first time, dulu saya pun macam tu juga.. hehehe tapi kagum dengan semangat diorang tak putus asa hingga sampai ke puncak. Setelah memberi sedikit minuman tenaga, coklat, tenaga mereka agak pulih dan mula mendaki semula.

4 orang siswa part 6..

Akhirnya, kami tiba di puncak pada pukul 11.30 pagi. Semua pelajar berehat dan mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Sambil bergambar kami mengeluarkan bekalan makanan antaranya coklat dan makanan ringan.  Setelah berehat selama 30 minit kami mula turun. Kali ini pelajar agak laju dan sambil menurun pelajar mengutip sampah yang ada sepanjang trek.

pemandangan di puncak


nora,syaiza, sarah dan ziqa

Alhamdulilah, pada pukul 12.45 tengahari kami selamat tiba di tempat rekreasi Gunung Keriang. Sebelum bertolak balik, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada guide kerana sudi memberi penerangan tentang batu kristal dan juga sejarah Gunung Keriang. Pada pukul 1.15 tengahhari kami berhenti untuk makan tengahhari dan solat zohor.

Setelah makan dan solat, pada pukul 2.00 petang kami menuju ke Muzium Padi tetapi sayangnya kak izan, Cik Nurazlina dan Dr Azahari tidak dapat mengikuti kami sebab diorang kena pergi Kuala Nerang ada program Rakan Muda Wawasan Desa IPT... hanya Kak Israa yang mengikut kami. Selama sejam berada di Muzium Padi kami menaiki bas dan pulang ke UiTM Merbok pada pukul 3.30 petang. Kami tiba di UiTM Merbok pada pukul 4.30 petang.

Alhamdulilah, aktiviti kali ini berjaya dengan jayanya, semua pelajar kelihatan seronok dan semoga aktiviti kali ini memberi kenangan yang cukup bermakna kepada semua.

disediakan oleh,
syaiza - kohm 00254



Tuesday, January 22, 2013

happy new year - 2013

assalammualaikum guys...

memandangkan kedah tidak cuti tahun baru, so kami as a student, kelas berjalan mcm biasa lah... apatah lagikami baru je balik dari cuti mid term... heheheh...

so selamat tahun baru kengkawan... semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yg lepas... amin...

next event tahun ni, 4 dan 5 Jan 2013 kami kena buka booth KeReX'S... memandangkan penasihat kami merupakan penasihat Sekretariat Rakan Muda, so kami pegang 2 booth sekali gus... hehehehe... yuk layan picture booth...

hari pertama - 4 januari 2013 - kami memutuskan untuk pakai t-shirt kerex's yang kaler hijau... ramai kowt yg nak t-shirt ni sehingga sold out... heheheh..









hari ke dua - 5 Januari 2013- pakai t-shirt merah rakan muda... hehehehe...








alhamdulillah... berkat kerjasama booth kami menang 2 cabutan bertuah dan khemah yang pali kretif... hehehehe...