Sekretariat Rakan Muda Follower

Wednesday, February 29, 2012

JC Broga

CNY yang lepas, kami KeReX's dan SRM ke negeri sembilan atas program Jelajah Batu Maloi... ikut perancangan utama adalah ke Batu Maloi tetapi memnadangkan ianya pada 23 jan, so 22 jan kitaorg pegi mendaki gng angsi... kali ini kami angkut sekali staf kak izan iaitu cik israa....

pagi 22 jan dengan penuh semngat, kami bangun awal memandangkan kak izan selaku penasihat amatlah punctual dengan masa... huhuh... jam 8.00 pagi kami telah kuar... dan singgah sarapan... selesai makan kami terus gerak ke Bukit Putus...selepas warm up dan sesi taklimat keselamatan, kami gerak naik perlahan-lahan... sedangkan pakcik-pakcik pemandu plak tak puas hati sebab kami tgglkan mereka di bawah... hahahahahah....


hahahha.... skodeng diorg warm up... ceh...



ahli yang aktif..


setengah jam kemudian kak izan mendapat called suruh turun balik.. sebabnya kami tidak ada kebenaran untuk naik... aikk..? kak izan berkata yang dia dah antar surat permohonan mendaki di gng angsi melalui bukit putus.... ishh... malas nak bergaduh so kak izan terus call pemandu dan kami menghala terus ke Bukit Broga... hehehehe.....




naik bas, dengar kak izan melahirkan rasa ketidakpuashati... ada lah juga bunyi2 macam marah... tapi dia macam malas dah... agak tersentap jugak kami lihat waktu itu... kemudian kak izan tanyakan pendapat kemana hala tuju kami... masing-masing pakat nak naik broga... yeayy...



sampai je broga, masing-masing pecut... dah tak ingat nak buat regangang kali ke-2... hahahaa... terus kami berjalan kaki masuk ke ladang kelapa sawit... waktu itu dak pukul 10 pagi... huhuh... mesti panas sampai kat puncak nanti... hahaaha...


setengah jam perjalanan, siti bertanyakan puncak broga... sib baik kak meow melayan... hanya beberapa orang je pernah ke sini antaranya ci penasihat kelab, abg isz, kak meow dan chunk.. itu jer... yang lain semua first timer... hehehehee... sebab itu masing-masing teruja...


menghilangkan penat seketika...

kemudian orang depan berhenti rehat seketika... yalah kat depan tu kawasan yang xder pokok2 tinggi... kami lihat kak izan bawak payung... hahahaa.. ada can nak tumpang... ramai gak tu nak tumpang... peserta kali ini ramai dan tidak seorang pun merungut... masing-masing agak penat.. yalah first mendaki... ke takut nak bersuara... hahahaha.... setelah minum air dan coklat, kami mula mendaki...

muka kak meow yang tengah panas dan tak tahan panas... hahaha

sebelum naik, kak izan membahagikan beberapa siswa di depan, di tengah-tengah dan dibelakang... why..? sebab nak naik ni perlu berhati-hati... walaupun tidak licin tetapi tetap membahayakan jika tidak pandai ;balance'kan badan..

si epy yang excited nak naik...

si mirul ni... gaya je lebih... hahaahaa..


permandangan yang suka dilihat...

senyum je diorg ni...



di puncak pertama...

cik israa muka cool...

kak izan dah kuarkan payung...


lawan lari ke ni...


permandangan yang indah 

panassss...




kak meow yang gigih memanjat..

pemandangan yang indah...

tolong menolong ahli2 baru...

di puncak broga.. 

jam 12.30 kami dah pun sampai di Puncak Broga.. whooooaaaahhh... tersangatlah panas... comfirm hitam dehhh... then kami bergambar seketika... tetiba edham, isz dan miaw bg cadangan ke Gng Tok Wan... adehhh... kaku kaki seketika.... bila dapat undian ramai nk g so chunk, miaw lead... isz, myra sweepe dan edham ditegah2... senang.. senang kak izan nak roger...

suasana ketika redup sedikit bila kami dilindungi oleh pokok2... fuhhh.... makin lama makin laju jer perjalanan.. kak izan dan israa tertinggal di belakang... wallawey.. confirm lepas ni semua kena marah... huhuhu....



dalam 1 jam lepas tu, kak izan dah merungut bila nak sampai puncak... dia mintak kitaorg patah balik... huhuh.. mesti kak izan PEWAI.. hahahahaa.... bila tanya dia angguk... tapi langkah dia tetap gak follow gak kitaorg... hahahaha... setengah jam kemudian, kuar arahan standdown... huhuhu... so terpaksalah stand down... bila tgk ahli2 lain pun dah agak mental dan kelaparan, so kami masak maggie dan air milo... hahahah... seb baik kak izan bwk ration, stove dan periuk... klau tak haruuu.... sambil makan, kami dok pakat2 kutuk kak izan... yalah selama ni mmg dia fit.... kena kutuk macamana pun hati penasihat kami tetap gak kering.... adoiii.. susah betul.... setengah jam kemudian, kami gerak turun... mai aii... laju kowt ahli-ahli lain... hahahaha....


jiwa kental depan kamera je...


penasihat kami, kak izan...


cuaca yang amat panas...

senang kak izan...

myra, kak israa, sara, epy dan chunk...


alhamdulilah kul 4 petang, kami dah sampai bawah dan letakkan beg plastik sampah... amik gambo sebagai bukti.. terus jalan ke bas yang dok sedia tunggu kami.... cooling down kat tepi bas je... lutut masing2 duk menggigil.... misi nak takluk gng angsi dan gng tokwan xcapai... 

lepas cooling down kami naik bas... berhenti cari air kelapa bila masing2 panas tahap gaban... kemudian kami melalut singgah seremban 2.... sambil itu kak izan dan israa kena soal jawab dengan pemandu... kih.. kih.... kami follow penasihat jerrrrr....

apapun trip kali ini banyak dugaan dan mental... yang paling lawak penasihat kami lah.. kak izan bleh pewai... mungkin kerana mood dia bertukar bila miss communication dengan jab hutan dan cuaca yang panas jugak kasi hati dia panas... apapun mintak esoknya ke Batu Maloi, hati dia ok... k lah... bye....

Monday, February 27, 2012

RS Batu Maloi Tampin with KOHM

hurmmm... yuk.. sambung tentang Riadah Santai - Jelajah Batu Maloi pada 23 Januari 2012 yang terletak di Tampin.. inilah kali pertama kami iaitu SRM dan KeReX's datang kesini.... ada seorang ahli kelab pernah datang kesini masa dia masih bersekolah...

7.30 gerak ke Bt Maloi... dalam setengah jam dah sampai... oleh kerana masih awal so minum dulu walaupun sarapan telah disediakan di Batu Maloi... dalam perjalanan ke Batu Maloi, kami memandang kiri dan kanan mencari buah durian.. yeayyy... akhirnya... pak latip yang kami sayangi membrek bas dengan tiba2 semata-mata kerana durian... hahaahahaa...


mengangkat durian...

semangat durian punya pasal habis 'bau'an chunk kena kat durian... hahahaa..


9.00 pagi parking bas mula gerak masuk ke dalam... jalan kaki sebab bus tak muat... hahhaahaha... sampai di kawasan batu maloi, kelihatan en. rusman menunggu kedatangan kami dengan penuh keceriaan dan senyuman manisnya... hehehheehe... :P

en. rusman memberikan taklimat serba sedikit ttg kawasan penempatan Batu Maloi..


tekun.. bleh caya ke muka2 ni mendengar... so excited... hahahhaa..


lepas penyerahan kepada en Rusman, kami bersarapan untuk kali ke-2 iaitu mee goreng... hehehhee... best2... makan lagi... yeayyyy... saat itu "hahaha.. rugi Baei dan joe tak ikut... hahahahah..." suara sapa ntah.. kami pun turut sama mengutuk... hahaahaha...


beratur..


En. Rusman Pegawai dari Jabatan PERHILITAN merangkap Pengerusi Kelab Orang Hutan Malaysia (KOHM)...



lepas sarapan dan persediaan, En. Rusman sekali lagi memberi taklimat persediaan dan keselamatan kepada kami... dan trip RS ini akan disertai oleh 5 orang guru dari Pusat Kokurikulum tapi tak pasti dari Pusat Kokurikulum mana.... lepas taklimat jam 1030 pagi, kami mula masuk dalam hutan... yuk..
aweks-aweks KereX's dan Sekretariat Rakan Muda UiTM Kedah...


memberi serba sedikit asal usul terjadinya susunan batu-batu di sungai...


tekun dan khusyuknya...


mula masuk meredahi sungai di celah susunan batu-batu...


deretan 7 dara pingitan... dari kiri sue, sarah, syaiza, die, wany, dila dan meow...


mira, milksugar dan nora..


akar-akar pokok di batu-batu sebagai titi.... 


sementara tunggu org belakang sampai, en rusman main game pendek... layan....




kuar dari celah-celah susunan batu yang kecil...


menyelam melalui celah2 batu... huhuhuhu...


mengereng badan...


syaiza...


sarah..


penasihat kami...
kuar ikut lubang... huhuhu...


rehat dan lepak seketika....

dalam gua ni en. rusman menerangkan mitos dan sejarah awal terbentuknya batu-batu besar sehinggakan ia di namakan Gua Batu Maloi...


edham..


faizzz...

ajik dan hamdi...





meow... huhuhu...




terbentuknya mcm patung wayang kulit itu adalah dari air yang mengali dan tempias dari batu-batu tersebut... macam mitos tentang 'Maloi' ni... so klau korang nak tahu lanjut korang pegilah berurusan dengan Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan, k....
group depan...


group tengah...


akhirnya kami keluar dari celah-celah batu setelah mengharungi air sungai dan air terjun yang xbape nak tinggi... fuhh best dan basah kuyup kowt.... hehehehee... kecuali en zaidi yang basah skit jer... 




















sampai di tempat perkhemahan batu maloi, hujan yang tadinya renyai terus mencurah-curahkan airnya... huhuhu.. lebat... kebetulan makanan tengahari dah siap... pakat-pakat tak ingat kowt.. masing-masing diam layan makanan sambil ditemani oleh hujan yang lebat...


 laju sungguh mencedok lauk.. hihihi...


 concerntrade makan... lapar main air dan hujan... hehehe..






 lepas makan nasi, pak latip dan pak non (abah) membuka buah durian... arghhhh... semuanya layan makan durian... best-best... sesungguhnya trip kali ni lebih bermakna walaupun group KOHM tak ramai turun kerana hal-hal masing...





lepas mandi dan tukar pakaian, majlis penyerahan sijil dilakukan... setelah hujan berhenti seketika kami berjalan ramai-ramai keluar dengan kenagan yang baru...



thanks to Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan dan KOHM yang meluangkan masa dan korbankan CUTI anda keran trip RS KeReX's dan SRM UiTM KEdah ni... insyaAllah... klau ada budget lagi sampailah kami buat kali ke-2... hehehehe...