Sekretariat Rakan Muda Follower

Friday, August 20, 2010

OPKIM 1 Malaysia - Pos Dipang

salam semua...

sorry la sangat lambat hupdate... tersangatlah busy dengan berbagai program-program UiTM dan juga porgram akademik lagi... so kali ni aku nak bercerita pasal Program OPKIM 1 Malaysia yang telah diadakan pada 29 hingga 31 Julai yang lepas.. barulah sangat dan belum sampai sebulan lagi...program OPKIM 1 Malaysia ini adalah program bersama MPP iaitu Majlis Perwakilan Pelajar... Rata-rata kami Sekretariat Rakan Muda cuma membantu dan join jer... namun Program OPKIM inilah yang paling best diadakan sepanjang aku bergelar Sekretariat Rakan Muda UiTM KEdah... tabik spring lah kepada Teha - Ketua Projek (MPP) yang bertungkus lumus untuk mengadakan program ni... dan tahniah kepada semua MPP terutama YDP MPP iaitu Umar kerana suaranya dan ketegasan membuat kitaorg respet dia... pegawai pegiring bagi OPKIM ini biasalah... Kak Izan penasihat Sekretariat Rakan Muda UiTM Kedah... beliau pun actually last minute... sebab ikutkan inilah adalah Program yang dirancang oleh Pn Sharina, Bahagian Koprat UiTM.. apapun ini menyeronokkan... jom kita layan gambar.... klau korang nk baca lebih lanjut clik ini ok...

angkat barang dapur dan makanan serta bag naik trak untuk masuk ke Perkampungan Orang Asli Semai, Pos Dipang

trip pertama pegi dulu... jup lagi diorg gak nak angkat barang.. heheeheh

rumah @ pondok Masyarakat Orang Asli yang masih kekal.....

kak izan ngan mak angkat dia... dia tengah bodek nk makan durian lah tu.. padahal malam tadi dia ngan teha dah makan dah... huhuhu... tak aci betul...

sambil bodek dalam perjalanan nak ke tadika kanak-kanak orang asli...

majid berupaya mengambil hati kanak-kanak...

kak izan pun turut serta main batu seremban.... hehehe..

asyiknya dia..

gambar reramai...

tengah layan karenah ayam... hahahaah...

isz dan umar yang teringin nak jadi salah seorang masyarakat Orang Asli... ameen... hahahaha....

majid pun nak jugak... hahahaha

isz yang tak sabar2... sebab dia tak dapat makan malam tadi... hahaha... beria benar dia mengajak kak izan membeli buah durian....

antara pegawai dan pensyarah yang hadir... kak izan, Pn Samsiah, Pn Norazila dan Pn Sharina serta Ahyak (driver) dan Maha @ Panglima....

jerat

sumpit..

potong kayu dan pacak sebagai tempat letak nasi yang akan dimasak dalam buluh... hmm.. lumayan cukup makan nasi ni...

umar turut serta membantu potong sayur..

syam tengah tolong-tolong membakar nasi..

isz turut membantu AJK masak...masam je muka.. mesti kena buli lah tu...

mai kita pakat-pakat tolong masak...

majid... pandai ke tu...? curious plak...

geng goreng telur... hehehehe

shahirah berusaha untuk belajar buat anyaman yang akan dipakaikan di kepala...

pulun yang ini pun....

kak izan yang turut bantu buat sambal belacan...

geng ikan bilis... hahahaha.. oops!

pn. sharina bertanya kan sesuatu tapi...

kak izan tolong menyusun dan menghidang untuk Pengarah Kampus... Majid rajin membantu.... tapi tak boleh dipercayai... mesti kes bodek... hahahah....

pn sharina memotong nasi untuk dihidangkan kepada Pengarah Kampus

Cenderahati Buah Durian untuk Pengarah Kampus yang sudi merasmikan program OPKIM ini.. Cetusan idea daripada beliau... thanks Prof..

syam bergurau apa ntah ngan rafiq tu... berebut anak ker.... hahahahaha

Umar membantu anak Pn Sharina..

ramainya kanak-kanak orang Asli yang turut serta...

kak izan dan teha bantu masak sarapan hari kedua... tak nak makan bihun keras lagi... huhuh...

jom balik...

so selama 3 hari 2 malam kami kat sana memang menyeronokkan... tambah lagi masa hari terakhir, kak izan memberi pelepasan untuk mandi sungai... eeeeeeeeeeeeee..... senjuknya air sungai mandi itu masih terasa...

hmm.... kata kak izan, next program buat Jungle Clean-Up kat Gunung Baling selepas raya.. maybe bulan 10... well sapa nak g... bagitau nama cepat-cepat kat Sekretariat Rakan Muda, ok...

bye..

Tuesday, June 22, 2010

RMWD - Baling & Sik

salam...

fuuuhhhh.... fuuuuuuuh... ahh shum....! huhuh... berdebu deyyy... so now nak citer aktiviti bulan mei yang lepas... hehehe... naper lepas satu bulan baru nak story... hahahaha... alasannya satu jer.. sibukkkk maaa.... so let story mory...

Program Rakan Muda Wawasan Desa tahun ini diadakan di 2 Daerah yang berlainan iaitu Baling dan Sik... Pihak Jabatan Belia dan Sukan Alor Setar telah menyerah 2 daerah ini kepada UiTM Kedah untuk mengadakan program tersebut... Miss Izan telah pun membuat iklan bagi membuka ruang kepada Seketeriat Rakan Muda dan ahli Kelab Rakan Muda UiTM Kedah. Seramai 40 orang telah mendaftar bagi Kg Iboi, Baling dan Kg Kuala Ruman, Sik. namun saat-saat terakhir ramai jugak ahli kelab yang tarik diri... so yang betul2 join RMWD di Kg Iboi, Baling adalah seramai 23 orang dan 33 orang di Kg Kuala Ruman. Miss Izan telah menghantar Kumpulan pertama di Kg Iboi, Baling pada 10 hingga 13 Mei. Perasmian telah dilakukan oleh wakil YB Daerah Baling... begitu juga di Sik pada 11 hingga 14 Mei 2010...

sambutan kedatangan anak angkat di Kg Iboi, Baling cukup meriah dengan muzik tradisional yang dimainkan oleh penduduk kampung itu.. Prof Madya Hj Kamal Bahrin Shamsuddin turut serta turun bagi memeriahkan majlis perasmian Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT... turut bersama Pn Askiah Suboh Pegawai Belia dan & Sukan Program Rakan Muda dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan En Shahrulnizam, Pen. Pegawai Belia & Sukan Daerah Baling.

antara Seketeriat dan Ahli KElab Rakan Muda yang menyertai Program Wawasan Desa IPT di Kg Iboi, Mukim Kupang, Baling

Antara aktiviti yang diadakan di Kg Iboi, Mukim Kupang Baling adalah kacau 'dodol;, sukaneka, beriadah bersama keluarga di Lata Celak (200m dari kampung), melawai perindustrian kampung, bekerjasama dalam aktiviti kampung, kebudayaan dan sebagainya. Pegawai Pengiring sepanjang kami berada disini adalah Cik Noor Israa Abu Bakar Pembantu Belia & Sukan. Cik Israa diamanah oleh Miss Izan untuk memantau dan join serta menjadi anak angkat di kg ini. semetara En Zabani terpaksa berulang alik. apapun aktiviti yang dirancang amat meriah dan berjalan lancar.

sementara di Kampung Kuala Ruman, majlis perasmian diadakan secara sederhana tetapi meriah. Miss Izan telah join menjadi anak angkat di kg ini... katanya suka makan durian.. hahahaha... klau nak tahu pagi, tengahari dan petang makanan nya durian... termasuklah waktu malam.. hehehehe.. bagus ar Miss Izan...

penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat yang dilakukan oleh En Mahadhir.. setiap keluarga menerima 2 orang anak angkat...

JKKg Kuala Ruman gembira kehadiran Seketerian Rakan Muda

sukaneka diadakan bagi menegratkan silaturahim anak angkat dan keluarga....

ehh.. ni watper plak... orang lain dok tgk projel penternakan ikan keli lahh... hmm.. ini adalah sesi pengenalan buah-buahan... hahaha... melalot kerana tak dapat makan durian lah tu... hahahaha


lawatan ke kawasan pertanian pisang...

Miss Izan dok cuba buat kuih sepit... hahaha... kelakar dia buat tapi.. kami dok curi-curi makan bila dia habis lipat... kuih ni sedap jika makan waktu panas....

lawatan dan memberi tunjuk ajar pengendalian IT... kg ni ada internet siap ngan WiFi lagi weh... moden kg ni...

Miss izan dok try masukkan kabu untuk dijadikan bantal... pandai plak dia...


hari terakhir, pakat-pakat masak bersama-sama dengan masyarakat kg kuala ruman.... wah macam kenduri... siap dengan ikan bakar, gulai daging batang pisang.. fuhhh.. best...

penyerahan cenderahati untuk keluarga angkat...

penyerahan cenderahati dari Jab Belia & Sukan kepada YB Sik Tajuddin Abdullah..

miss Izan bersama keluarga angkatnya...

antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong masjid iaitu mengecat semula pagar-pagar masjid, sukaneka, lawatan kawasan perindustrian dan perternakan, makan durian, dan sebagainya. yang pasti sepanjang 4 hari 3 malam di Kg Iboi dan Kg Kuala Ruman memang best... apa yang diharapkan biarlah ianya berkekalan perhubungan itu...