Sekretariat Rakan Muda Follower

Tuesday, February 06, 2007

InFo SenSasI

  • Rakan Muda Seni Budaya

Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya. Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Persatuan Muzik dan Gendang, Kelab Seni Kraftangan, Kelab Kompang, Kelab Koir dan Kelab Nasyid, Persatuan Pendidikan Seni, Pasukan Pancaragam Brass, Pasukan Pancaragam dan lain-lain.

  • Rakan Muda Inovasi

Kreatif, inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju. Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Kelab Aeromodelling, Kelab Astronomi, Kelab Seni Foto, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Elektronik, Persatuan Motor Mekanik.

Monday, February 05, 2007

InFo SenSasI

  • Rakan Muda WiraUsaha

Bercita-cita menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan? Ikuti program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang.Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Kelab Kewangan Pelajar Sekolah, Kelab Pelabur Bijak, Kelab Usahawan Muda, Persatuan Ekonomi / Sains Rumah Tangga, Persatuan Prinsip Akaun / Ekonomi dan Kelab Koperasi Sekolah.

  • Rakan Muda Kecergasan
3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan, Rekreasi dan meningkatkan Kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti, menarik, sihat dan berdisiplin.Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta semua Kelab Sukan Sekolah.

Sunday, February 04, 2007

InFo SenSasI

  • Rakan Muda Masyarakat

Patriotisme, Cinta Negara dan Penyayang disamping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap.Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Kelab Kemanusiaan (Humanitrian), Kelab Lions, Kelab Interact, Kelab Leo, Persatuan Sains Kemasyarakatan, Kelab Pencegah Jenayah, Kelab Rukun Negara, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Pengguna, Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

  • Rakan Muda Cinta Alam

Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Kelab Alam Semulajadi, Kelab Kembara / Rekreasi / Memancing / Kayak dan Persatuan Sejarah.

Saturday, February 03, 2007

InFo SenSasI

  • Rakan Muda Wajadiri

Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.Sertai aktiviti ini dengan menghubungi Penggerak Rakan Muda, KBS atau melalui Persatuan Seni Silat Sekolah, Taekwondo, Karate-Do, Silambam, Wushu, Tai Chi dan Ching Kung.

  • Rakan Muda Siber

Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Befungsi sebagai satu platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa.Sertai aktiviti ini dengan melayari portal remaja siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua Kompleks Rakan Muda.

Friday, February 02, 2007

Serba Sedikit Ceramah dari Upih

"Program Rakan Muda merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ).

Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial, budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda."

Fuhh... letihnya.. Hah pahamkan semua.. nie la kita panggil rakan muda... semuanya golongan remaja yang mana akak ditarik untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang berfaedah.. Best pe dapat kawan baru , dapat pengalaman baru , dapat Gf/bF baru.. eh silap lak... [Sambil-sambil apa salahnya] kih3.. Ok la enjoy ye...

Perasmian Bloq


Salam kepada semua pembaca blog sekalian.. Mulai saat ini saya upih akan menjadi admin secara langsung disini... diharap anda semua menyukai blog ini.. jangan lupa undi ye.. hehehe Blog ini akan diupdatekan dari semasa ke semasa. Saya akan berbicara mengenai aktiviti kami yang telah kami jalankan dan akan jalankan.. Diharap anda semua dapat bersabar.. huhu Kalau anda ingin berkongsi pengalaman atau ingin memberi cadangan kami sedia menerima dengan hati yang ikhlas..

salam ceria dari saya Upih.